Bandar Seri Begawan, Ibu Negri Tersunyi

Kesian ku meliat bandar ah.

Awu, hari atu, ku raun, dui ma, rawan hati ku meliat bandar atu sunyi sepi. Ingat ku lagi masa ku damit, masa pasar masih di sana arah tapak parking betingkat atu, eh punya meriah. Atu baru ya.

Kenapa iya sunyi atu kan? Mana silapnya?

Boh, start tia ni kan menyalahkan ni... Bekunyanyang tia ni... Tau ku ni...

Jangan tuduh-tuduh ani deh. Tapi banar pulang ku kan bekunyanyang... ahaks!

Bah, kenapa nah, kenapa sunyi?

Eh aku betanya, ditanyanya ku balik! Kau ani tah! Kau kan tau kenapa sunyi... Ani sebabnya 'planning' inda menjadi. Yatah tu nah.

Maksudmu?

Macam-macam inisiatif sudah durang buat, termasuk memperbesarkan tempat berjalan, membisaikan kawasan bangunan kastam atu, lawa eh, bisai pulang banar. Tapi inda memikirkan apa kesannya ke arah kawasan atu. Nada, apa nya urang, nada perbincangan bah.

Yakan tu? Pasal atu tah bisnes banyak lingkup ah. Nada interaksi kali di antara komuniti sana atu dengan pihak yang bekuasa.

Yatah tu. Tapi ada kebaikannya jua, kalau pandai...

Bah kau yang pandai ah, cuba tah...

Waktu ani lah full-blast membaharui Bandar Brunei atu. Waktunya kosong ani. Cemani aku membuat cuntuh ah... Kau dangarkan ah. Singapura atu ah, kenapa sentiasa banyak orang...

Sebab rakyatnya banyak! Apa lah!

Ah, Brunei inda banyak kan? Kalau kau bali kan nasi katuk setiap sorang, keluar jua duit mu beratus ribu!

Nasi Katuk tia pulang, lapar kau kah?

Lapar pulang, karang belanja aku ah, bulan tua sudah ni... Tapi bebalik kitani tentang Singapura ani, Singapura pembangunannya walaupun damit dari negri kitani ani, sentiasa berubah. Nya orang putihnya, "Dynamic". Econominya pun dinamik. Perubahan atu senantiasa. Yatah kitani harus contohi tu. Cuba kitani pikirkan, pusat komersial di Brunei ani, membangun dengan pesat ah, dari orang kitani jauh-jauh bejaur ke Limbang, KK atau Miri. Kenapa inda kitani tebalikkan pulang. Kitani bawa durang kemari. Ku liat kerita Miri atu pun sana sini jua sudah, lumrah sudah. Atu ertinya durang mampu ke mari, walaupun kalau dikirakan pertukaran mata wang. Jadi dengan membangunnya bandar Brunei tu, jadi 'competitive' tia dengan Kiulap dan Gadong, makin tia pesat ekonomi kitani.

Kalau buleh ah, kitani ubah wajah bandar atu bah, jadi kan ia pusat komersil terbaru. Rubuh yang lama, buat baru... Buat Mall baru lagi sana, ingat kamu masa Yayasan di buka? Jadi fofuler kan bandar? Orang kitani lagi suka tempat-tempat baru ani, orang kitani lagi jenis kebaruan, berabut tah bisdia tu... Duit mari tu... Atu baru ya town planning! Tapi macam Singapura, ubah punya ubah, hilang karekter atau ciri-ciri asli Singapura. Semua baru inda semestinya bagus. Macam Bangunan Kastam di bandar atu. Ubah jadi pusat informasi untuk pelancung, buat jadikan kopitiam kah macam The Arch yang dulunya kadai Rampah ganya ah. Jadikan ia pusat titik-tengah untuk 'waterfront' di Kampung Aying atu... Best kan idea ku atu?!

Memandai kau ani, pasal memandai kau numbur satu. Tapi memang bernas, tak syak lagi...

Apa lagi yang dapat kitani bisaikan bandar atu? Aku menunggu orang mengomen ah! Bah, jangan di dangar saja kunyanyang ku, kunyanyang kamu mana?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makin Teruk ah?!

Soal Hati

Orang Brunei Kuat Komplen kah?